Saturday, October 6

Love Rain

.....Alkisah percintaan dua zaman yang berbeza;

~zaman ibu bapa, dan
~zaman anak-anak...

Memaparkan dua perspektif yang berbeza mengenai cinta.

~Zaman Ibu bapa
Cinta itu suatu pengorbanan. Membiarkan hati dan perasaan sendiri terluka demi menjaga hubungan dengan orang di sekitar mereka. Cinta itu bergantung kepada takdir. Biarlah jodoh yang menentukan segalanya. Akhirnya, membawa kepada kekecewaan di sepanjang hidup sehingga tidak mampu membuka hatinya untuk cinta yang lain.

~Zaman Anak-anak
Cinta harus dipertahankan walauapapun yang terjadi. Cinta harus bersatu!

Demikian 2 pandangan tentang cinta daripada individu daripada zaman yang berbeza!

secara peribadi, saya suka drama ini. Drama ini membuka mata dan minda terhadap realiti kehidupan. Percintaan itu tidak selalunya indah. Tidak semua cinta dapat bersatu di dunia ini. Tidak semua cinta akan berakhir di jinjang pelamin. Realiti itu pahit. Realiti itu sakit. Jangan terlalu mengharap pada cinta sesama manusia. Kerana tiada cinta yang lebih agung daripada cinta kepada Tuhan. Cinta yang berkekalan buat selama-lamanya...


No comments:

Tik tok..